Terkini

UPDATE: "INI SIHIR TANAH KUBUR..." (VIDEO)


KUALA LUMPUR - Semalam, netizen dikejutkan dengan video viral seorang wanita usia pertengahan menabur sesuatu di depan sebuah kedai, dipercayai perbuatan sihir.

BACA: VIDEO MAKCIK INI SIHIR PREMIS KEDAI JADI VIRAL

Video berdurasi 2 minit lebih itu dimuat naik oleh Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib, telah dikongsi 5,261 pengguna dan ditonton 484,103 pengguna Facebook.

Berdasarkan kapsyen kelab tersebut, perempuan terbabit dikatakan singgah di situ dan berhajat menyihir kedai berkenaan.

"Perempuan ini datang singgah di situ berhajat untuk menyihir kedai ini. Dari mata kasar, kita nampak dia menaburkan sesuatu di situ sebelum beredar pergi. Tetapi bagi mata berhijab, sebenarnya ada sesuatu yang sememangnya dia bawa sekali.

"Cuba perhatikan dan tenung habis, celikkan mata, akan nampak sesuatu di penghujung video ini," katanya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyatakan bahawa mereka tidak ternampak apa yang cuba disampaikan oleh kelab itu.

Menurut Dato Termenggong Afrazen, apa yang dibuat oleh perempuan tersebut adalah amalan sihir tanah kubur yang membuatkan kedai itu menjadi tidak laku dan dipandang oleh pelanggan.

"Ini sihir tanah kubur. Bila ditabur, dibaca mentera, kedai ini akan ada masalah. Ghaib di pandangan manusia. Walaupun hakikatnya kedai ini dibuka, tetapi pelanggan nampak tutup. Lebih teruk lagi ada pelanggan yang langsung tak nampak, ghaib terus.

Beberapa netizen juga bersetuju dengan pandangan Dato Temenggong Afrazen yang juga mendakwa kedai mereka sendiri pernah mengalami perkara yang sama.

"Bukan hanya nampak tutup, malah langsung tak nampak sebab kedai aku pun dah pernah kena. Ramai pelanggan yang tanya, kedai aku kat mana. Kenapa papan nama restoran tak nampak? Pelanggan yang lain kata, restoran ini langsung tak nampak dan tak ada. Padahal kedai dah lima tahun beroperasi," kata Elysa Lee.

"kedai saya pernah terkena sihir seperti ini, lebih kurang sama. Tetapi mereka menggunakan kapur barus dan beberapa bahan bagi memandikan mayat. Berbulan kedai saya kosong tetapi orang lalu lalang di bawah khemah, antara kerusi dan meja tetapi tak duduk.

"Kawan saya sendiri juga pernah datang. Saya lihat mereka keluar dari van, tetapi selepas itu mereka terus balik. Esoknya mereka tanya kenapa tak buka kedai? Saya hanya mampu terdiam.

"Bagi yang pernah terkena, minta orang buatkan air yassin. Kemudian sembur sekeliling kedai, meja, kerusi apa semua sambil selawat dan sebutlah ya latif berulang kali. Alhamdulillah, sampai sekarang kedai kami tak ada gangguan dah," kata Mohd Idrus Fadzillah.

LIHAT VIDEO DI SINI
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.