Terkini

'NAK REPORT POLIS, REPORTLAH! POLIS JOHOR BAIK DENGAN SAYA...'


Pemandu yang berasal dari Singapura ini telah memandu secara berbahaya seperti orang mabuk. Tindakannya memandu secara berbahaya itu boleh menyebabkan pengguna jalan raya yang lain kehilangan nyawa.

Kejadian berlaku di Plaza Tol Kempas. Dari lorong kiri, masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba tanpa memberi isyarat lampu ke kanan, telah menyebabkan empat buah kereta di belakangnya terpaksa brek secara mengejut, lalu melanggar belakang kereta masing-masing.

Tanpa rasa bertanggungjawab dan berhati perut, pemandu Mercedes Benz SKN8285M ini telah melarikan diri dari tempat kejadian. Bagaimanapun berjaya ditahan oleh pemandu lain, selepas Plaza Tol Kempas.

Dengan berlagaknya dia berkata, "Kalau nak report polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya. Apa you orang boleh buat? Sebab tiada kesan langgar pada kereta dan tiada bukti langgar. You ingat I tak tahu law?!" katanya.

Walaupun dia menafikan, ramai saksi yang nampak bahawa dialah punca kemalangan yang berlaku.

Moralnya, jika sesiapa nampak pemandu Mercedes S400 berwarna hitam, nombor pendaftaran SKN8285M, sila berhati-hati. Kiasu Singaporean datang ke Malaysia berlagak macam gangster. Dah buat salah, lari. Dapat tangkap, tak mahu mengaku pula. Bahasanya? Amat kurang ajar. - Azlina Abu Bakar
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.