Mungkin ramai yang tahu fungsi serat pada tubuh badan adalah untuk proses pencernaan. Tapi tahukah anda, ada pelbagai lagi fungsi serat ini? Berikut adalah di antaranya:
- Memanjangkan usia: dalam satu kajian pakar pemakanan menunjukkan orang yang mengamalkan pengambilan serat secara konsisten iaitu 38 gram sehari dapat hidup 9 tahun lebih lama berbanding yang tidak mengamalkannya.
- Menurunkan kolestrol: serat larut berperanan penting untuk menurunkan kadar kolestrol jahat yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.
- Mencegah diabetes: diet berserat tinggi mampu melambatkan penyerapan gula dalam kadar darah yang dapat mencegah diabetes atau kencing manis.
- Mencegah serangan jantung: Kajian yang dilakukan juga menunjukkan pengambilan serat secara kerap boleh mencegah penyakit jantung serta menurunkan kadar darah.
- Menurunkan berat badan: makan serat boleh kurus? Ya. Ini kerana makanan yang mengandungi serat cenderung memberi kesan kenyang dalam tempoh yang lama dan mengelakkan anda makan secara kerap.
Serat paling banyak ditemui dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirn. Yang paling ramai tahu ialah oat dan juga roti serat.. Tapi mungkin ramai tak tahu ada di antara makanan yang kita ambil dalam seharian lebih tinggi kandungan seratnya.
Contohnya makanan tersebut adalah:
1. Lintel
Jumlah serat: 15.6 gram untuk setiap cawan.
2. Kacang hitam
Jumlah serat: 15 gram untuk setiap cawan.
3. Kacang polong
Jumlah serat: 13.5 untuk setiap cawan, dikukus.
4. Kacang pis
Jumlah serat: 8.8 gram untuk setiap cawan.
5. Brokoli
Jumlah serat: 5.1 gram untuk setiap hidangan, direbus.
6. Pucuk Brussel
Jumlah serat: 4.1 gram untuk setiap hidangan, direbus.
7. Rasberi
Jumlah serat: 8 gram untuk setiap hidangan, dimakan mentah.
8. Blackberries
Jumlah serat: 7.6 gram untuk setiap hidangan, dimakan mentah.
9. Avokado
Jumlah serat: 6.7 gram untuk potongan setengah, dimakan mentah.
10. Buah pear
Jumlah serat: 5.5 gram untuk sebiji bersaiz medium, dimakan mentah.
11. Pasta gandum
Jumlah serat: 6.3 untuk setiap hidangan kecil, dimasak.
12. Barli yang diawet
Jumlah serat: 6 gram untuk setiap hidangan, dimasak.
13. Oat
Jumlah serat: 4 gram untuk setiap sudu, dimasak.
Credit: greatist.com
The post 13 Makanan Tinggi Serat yang Mungkin Anda Tak Tahu appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment