Terkini

"TAKKAN 2 HARI ITU PUN MAHU DIREBUT DARI SAYA UNTUK BERSAMA ANAK ?"


Saya ibu yang tidak bercita-cita tinggi. Tidak terkejar-kejar mahu memasukkan anak ke sekolah berasrama penuh terkenal. Tidak bermimpi anak menjadi orang besar atau kaya raya. Sebab itu bila ada kelas tambahan di hujung minggu, hari Sabtu di sekolah, saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tidak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu.

5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari. 2 hari anak bersama saya untuk menjalani pelbagai aktiviti. Takkanlah dua hari itu pun mahu direbut dari saya?

Anak-anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah untuk belajar sahaja. Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa apabila mereka dewasa kelak. Tetapi silahtulrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan, merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat, pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak selagi saya masih bernafas.

Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkalai kita akan mendengar ayat seperti ini,

"Hish, tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?"

Andai ditakdirkan anak menjadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbakti lebih banyak daripada orang lain. Tiada orang yang kutip sampah itu menderita di bumi ini.

Setiap pekerjaan, tak kira apa pun jenis pekerjaannya, bekerjalah dengan penuh dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya. Tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja agar dia menjadi pekerja yang berjaya. Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur, amanah dan rasuah bermaharajalela. - Norhayati Berahim
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.