Terkini

DILANGGAR BEKAS ISTERI, SUAMI FARIDA BUAT LAPORAN POLIS



SUAMI pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap bekas isteri kerana melanggarnya sehingga menyebabkan kecederaan di kaki kiri dan tangannya.

Menurut Media Hiburan, Rahman membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 4 petang, Selasa lalu.

Bagi mempertahankan dirinya, bekas isteri Rahman, Karen Rayyan dikatakan turut membuat laporan polis pada hari yang sama, jam 5.30 petang.

Karen mengatakan bahawa dia tidak melanggar kaki Rahman tetapi cuba mempertahankan dirinya untuk menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka sehingga menyebabkan Rahman terjatuh tanpa sengaja dan mengalami kecederaan ringan.

Kes Rahman dan Karen akan dirujuk ke mahkamah bagi membuat keputusan tetang proses hak penjagaan anak mereka.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.