Terkini

28 Pengunjung Tergantung Setinggi 65 Kaki

33BF5AB600000578-3569610-image-m-3_1462212250479

Oleh Ina Mohd. Sumber: Dailymail

Pasti ada diantara anda yang pernah dan gemar menaiki roller coaster. Siapa yang tidak seronok malah acara ini memang mencabar ketakutan seseorang. Tetapi ini berita yang tidak enak diketahui. Taman tema Alton Towers di United Kingdom menjadi perhatian ramai apabila roller coaster yang dinaiki oleh pengunjung berhenti secara tiba-tiba.

Amat mengerikan kerana mereka yang menaiki roller coaster tersebut tergantung selama 30 minit. Seramai 28 pengunjung ketika itu dan ia memang detik yang amat mengerikan. Malah ramai yang menjerit. Tidak kurang juga yang risau akan tali pinggang keleder yang dipakai akan terbuku. Masakan tidak, mereka berada dalam keadaan posisi ke bawah setinggi 65 kaki!

Sebelum ini ada juga kes di taman tema itu apabila dua wanita kehilangan kaki akibat nahas roller coaster. Nampak gayanya taman tema Alton Towers perlu titik beratkan keselamatan pengunjung. Insiden yang baru berlaku ini berpunca sistem elektrik berkenaan mati secara mengejut kerana hujan yang lebat.

33BF5ADE00000578-3569610-image-m-4_1462212261847

33BEDD0500000578-3569610-image-m-51_1462204185038

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.