Terkini

TIKET FINAL PIALA FA DITETAPKAN RM50


KELANA JAYA, 3 Mei: 70,000 tiket akan diperuntukkan untuk perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim dan PKNS FC di Stadium Shah Alam, 14 Mei itu.

"Setiap pasukan akan menerima 30,000 tiket manakala 10,000 lagi dijual secara dalam talian," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (Football Malaysia LLP), Kevin Ramalangam.

Bagaimanapun, PKNS hanya akan mengambil sebanyak 10,000 tiket selepas mengambil kira beberapa faktor dan menyerahkan bakinya kepada pasukan JDT.

"Jadi, JDT mendapat peruntukan sebanyak 50,000 keping tiket untuk final kali ini," katanya.

Katanya, semua tiket akan mula dijual di Stadium Larkin dan Stadium Shah Alam pada 9 Mei ini manakala tiket secara dalam talian boleh didapati bermula jam 9 pagi pada tarikh sama.

[Dikemaskini]

Sementara itu Malaysia Football LLP menerusi satu kenyataan di Facebook menyatakan tiada tiket kanak-kanak untuk Final Piala FA kali ini.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.