Lagu 'I Am Me' nyanyian jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza atau lebih dikenali sebagai DSV kini menjadi viral dan menjadi bualan ramai tanpa mengira usia. Banyak versi parodi juga telah dihasilkan.
Walaupun ada segelintir netizen menyindir lagu berkenaan, tetapi ianya tetap mendapat perhatian setelah dilancarkan pada minggu lalu. Terbaru, viral di media sosial apabila lagu ini dimainkan ketika aktiviti senamrobik di sebuah sekolah di Kota Marudu, Sabah.
Video tersebut dikongsi oleh Krul Nizam dalam laman Facebook 'Kami Guru Malaysia' pada petang Khamis. Apa yang menarik, guru yang mengendalikan sesi berkenaan dengan mengenakan baju berwarna merah jambu.
Malah, murid-murid tersebut juga mengikuti langkah guru terbabit dengan ceria dan bertenaga. Menurut status tersebut, aktiviti tersebut disertai oleh lapan guru lain serta 250 murid SK Tagaroh.
"Kami selalu mengadakan sesi senamrobik di sekolah, dan semalam antara lagu yang digunakan adalah 'I Am Me' nyanyian Datuk Seri Vida.
"Lagu ini memang sesuai untuk senamrobik, kebanyakan guru dan murid memang sukakannya kerana mengikut rentak. Kami akan menggunakan lagu ini lagi untuk sesi senamrobik yang akan datang,"
Rata-rata netizen mendapat inspirasi dengan aktiviti tersebut kerana lagu tersebut sangat rancak dan sesuai untuk kegiatan senamrobik. “Terbaik cikgu. Lupa nak buat macam ni masa PJ (Pendidikan Jasmani) pagi tadi. Minggu depan kita ‘warming up’ (memanaskan badan) macam ni.”
Nurul Husna Badrul Huzaini pula berkata: “Okay, dapat idea dah untuk senamrobik nanti.”
Video lirik berjudul 'I Am Me', ciptaan Edry Abdul Halim kini mencatatkan lebih sejuta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
ADS HERE
0 comments:
Post a Comment