Semasa

Sayu : Video saat adik Haikal dilanggar depan sekolah .. driver ini memang laju (4Gambar)

BAGAN SERAI : Jika dilihat pada rakaman cctv depan sekolah ini driver lori ini memang laju padan hal pada masa terbabit budak-budak sekolah masih ramai meuju kesekolah, sayu melihat detik-detik adik haikal dilanggar depan sekolah.

Luluh hati seorang ibu menyaksikan anak bongsunya maut digilis sebuah treler sewaktu hendak ke sekolah dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsan Teluk Medan, di sini pagi ini.
Admin tak sanggup nak post video
VIDEO > PAGE ELSA AZILA FANS

Lebih memilukan, mangsa, Mohammad Haikal Helme, 10, berasal dari Kampung Parit Gabis Atas, digilis ketika hendak melintas jalan ke sekolah bersama rakan-rakan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku sekitar jam 7.20 pagi dan mangsa dikatakan dirempuh sebuah lori muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth menghala ke Sungai Siput.

"Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa tergilis seterusnya maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat. Al fatihah

Sumber Asal : ceritagempakkomuniti


Sumber : penbiruoffcail
ADS HERE

About Jubah Semalam

1 comments:

  1. Saya upset sangat tengok video ni. Bila menghampiri kawasan sekolah patutnya sebagai orang dewasa yang berakal, automatik kita slow down dan lihat perlakuan anak2 disekitar kerana dah nama pun kanak2, mereka tiada kemampuan untuk menilai bahaya di sekeliling. Tapi sangat ketara driver lori ni tiada pertimbangan langsung dan terus speeding seperti biasa. Kemudian nak bagi alasan yang dia tak sempat nak break. Dalam saat macamni saya rasa kalau dihukum gantung pun driver ni sangat berpadanan. Berat mata memandang tak dapat nak dibayangkan perasaan ibu bapa, adik beradik dan juga guru2 dan rakan2 yg berada di situ. Moga Allah beri kekuatan pada mereka dan moga kita semua dapat ambil ikhtibar dan perbaiki diri.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.