Terkini

SYANIE AKUI SAH BERCERAI, DAKWA DIRINYA TIDAK DIHARGAI

Syanie dan bekas suaminya, Nadi Putera.

PELAKON Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham menagkui bahawa dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lalu.

“Tahap kesabaran saya ada batasnya. Punca perceraian biarlah hanya kami yang tahu. Saya hanya boleh katakan bahawa perceraian ini berlaku kerana dia tidak pernah menghargai saya sebagai isteri.

“Tak perlu diungkit apa yang berlaku dan apa yang telah dilakukan oleh bekas suami kepada saya sepanjang perkahwinan kami.

“Bila sampai masanya, saya tidak dapat menahan sabar lagi maka ini sahaja keputusan yang terbaik buat kami berdua,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Syanie, pada awalnya, dia mengambil keputusan untuk tidak bercerita tentang perceraian mereka kerana menghormati permintaan bekas ibu mertuanya yang tidak mahu perkara tersebut dihebohkan.

“Saya mengambil keputusan berdiam diri kerana permintaan bekas ibu mertua tetapi lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’.

“Perkara itu menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami,” kata Syanie yang turut mengakui tidak serik untuk berkahwin lagi jika bertemu jodoh. – SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.