Semasa

(VIDEO) Terlalu Sumbang, Suara Hancur, Cubaan Janna Nick Nyanyi Live Gagal


Sebut nama Janna Nick, semua orang tahu dia pelakon yang hebat.

Sememangnya Janna Nick semakin dikenali dikenali dengan lakonan hebat dan bersahaja. Malah malam tadi Janna Nick telah dipilih sebagai Aktress Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL).

Selain berlakon, Janna Nick juga kini sudah menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan pengacaraan.

Janna Nick mempunya beberapa lagu hit dan juga menjadi pengacara untuk program hiburan Melodi di TV3.

Namun malam tadi, Janna ternyata dikecam teruk. Ini kerana nyanyiannya secara langsung dikritik hebat netizen kerana dikatkan amat sumbang. Tak sedap langsung.

Ini videonya:



Melalui satu video yang berdurasi 4:45 minit ini mendapat perhatian netizen apabila majoriti mengatakan Janna Nick tidak berbakat dalam bidang nyanyian. Malah nyanyian Diana Danielle di awal video ini amat berbeza dan langsung tidak dapat ditandingi oleh Janna Nick.

Malah, ramai yang mencadangkan Janna fokus kepada bidang lakonan sahaja.

Ini antara komen kecaman dari netizen:

"Apasal TV3 tak autotune kan suara masa janna nick nyanyi? sian dia.. jahanam suara dia nyanyi live. hahahaha..

"Janna lebih sesuai klo berlakon. Kalau bernyanyi.. Memang kelauttt.. Kalau dia bercakap ke.. Ketawa ke.. Boleh pulak keluar suara dia.. Ni macam dibuat-buat pulak.. Control.. Maaf ye, jgn kecam.. Sori la sb tlalu jujur bg komen

"Sumpah janna nick nyanyi tak sedap langsung 

"Dear Janna Nick, harap malam ni last awak nyanyi LIVE ok? Jangan nyanyi dah depan orang. Tolong dengar cakap saya. Awak fokus je berlakon. Jangan degil mcm Najib. Nanti binasa"

"Janna nick hancur nyanyi live"

Janna Nick menyanyikan lagu Akan Bercinta yang sememangnya merupakan lagu miliknya secara live di majlis Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) semalam.



Sumber : berita memey

Sumber :
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.