Wanita Ni Dedah RAHSIA Rezeki Mencurah Tanpa Henti. Tolong Jangan Abaikan. | Saya Luv Islam – Ramai mengadu buat bisnes selalu tak jadi. Rugi banyak adalah. Ekoran itu, wanita ni dedah rahsia rezeki mencurah tanpa henti yang buatkan dia hidup senang bila buat bisnes. Nak tau ? Jom baca dan tolong jangan abaikan. Seperti yang dikongsikan oleh FB Nur Aliah Mohd Nor (LINK).
3 ASAS SIKAP USAHAWAN BERJAYA
Lia nak kongsikan 2 “rahsia” yang ramai mungkin dah tahu namun tak ramai yang sanggup buat!
Sebelum Lia kongsikan 2 rahsia ni, Lia nak ulas balik perkongsian Lia yang Viral sebelum ni tentang bagaimana nak berjaya 3x ganda dengan cepat dalam bisnes ni. (Link posting viral)
1. Kena ada 1 mindset yang luar biasa hebat dalam berniaga. Walau kita berniaga dropship dan kecil-kecilan je, pastikan daftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan buka akaun bank atas nama perniagaan kita. PENTING.
Sebab kita tak nak campur adukkan duit sendiri dengan duit hasil bisnes. Apa sahaja duit bisnes yang diterima, masukkan dalam akaun bank. Amalan nilah yang dapat bentuk disiplin kita dalam pengurusan wang yang sangat penting untuk berjaya.
2. Wajib ada simpanan. Biasakan diri dengan menyimpan. Walau RM50 sebulan, jadikan ianya amalan. Kuatkan diri dan semangat, masukkan RM50 dalam simpanan dan jangan pandang lagi. Anda boleh buat simpanan kat macam-macam medium simpanan dan pelaburan. Contoh ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Emas, tabung-tabung di rumah dan sebagainya.
3. Kena tulis apa yang kita nak capai dalam bisnes kita. Tulis, tulis dan tulis. Boleh tulis di atas kertas, dalam handphone, atau kat laptop. Jadikan ianya pil motivasi untuk minda separa sedar kita untuk terus bergerak ke hadapan.
3 tips ni kalau anda dapat amalkan Lia yakin dan percaya anda akan dapat keberangkalian 50% untuk peroleh kejayaan dalam tempoh setahun.
DUA RAHSIA REZEKI MENCURAH-CURAH
“Eh eh eh sekejap. 50% je. Kenapa macam tu pulak Lia. Kat mana 50% lagi?”
Inilah RAHSIA PERTAMA yang Lia nak kongsikan. Terus terang Lia cakap, 50% laginya datangnya dari hubungan kita dengan Allah. Allah kan pemberi rezeki kepada semua makhluk di dunia ni.
Lia yakin kalau Lia tanya kat anda semua, antara kerja dan Allah mana yang lebih utama ? Semua akan jawab Allah.
Tapi kalau Lia ubah sedikit soalan, ketika tengah buat kerja, dan waktu solat telah tiba, adakah kita akan terus solat atau teruskan buat kerja? Cukuplah jawab sahaja di hati. Jadikan ianya muhasabah diri kita.
Di sinilah ujian sebenar soalan pertama tadi, bukti sama ada Allah pengutamaan pertama kita atau pun yang kedua.
Dalam satu hadis Nabi SAW, “Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu” (HR Al-Tirmiziy)
Dengan kita jaga hubungan kita dengan Allah, hati kita InshaaAllah terpelihara dari rasa keluh kesah. Kalau ada ujian, Allah akan kuatkan hati kita. Dan Allah akan kuatkan motivasi diri kita untuk terus kuat berusaha, dan Allah juga akan membuka ruang-ruang peluang rezeki dari arah yang kita tak sangka. Allah Maha Pemberi Rezeki.
Dan RAHSIA KE2 yang Lia nak kongsikan adalah tentang wakaf. Dulu masa awal-awal Lia berniaga dulu sekitar 5 tahun yang lepas, Lia ada hadir sebuah program motivasi yang dibuat oleh seorang ustaz.
Ustaz tu banyak kali beritahu tentang wakaf, wakaf dan wakaf. Apa itu wakaf?
Wakaf ringkasnya diertikan sebagai penahanan hak milik atas sesuatu benda untuk tujuan menyedekahkan manfaat. Contoh kita beri wang tunai untuk pembinaan bangunan tahfiz. Bila siap, pelajar tahfiz dapat manfaat dengan belajar al Quran dengan selesa di bangunan tersebut.
Ustaz tu kata mulakan dengan bagi wakaf RM10 setiap minggu, InshaaAllah Allah akan bagi imbalan di dunia ini 10x ganda. Dan Lia masa tu mana ada duit sangat, RM10 tu 1 nilai yang agak besar! Siapa yang masih belajar mesti faham. Ketika tu Lia masih mentah dan baru nak berjinak-jinak nak berniaga kan.
Tapi nasihat ustaz tu Lia gagahkan diri untuk amal. Bila kita letak Allah paling utama, Lia yakin Allah akan aturkan hidup Lia dengan baik. Lia bermula dengan wakaf setiap minggu RM5. Dan dari semasa ke semasa Lia gandakan nilai wakaf tu lagi.
Alhamdulillah! Allah permudahkan urusan Lia dalam perniagaan. Sampai ke hari ini, 5 tahun sudahpun berlalu, bila pandang semula ke belakang, Lia sendiri pun tak percaya dengan apa yang telah Lia capai sekarang ni.
Ustaz tu bagitau, selain imbalan di dunia, Allah juga akan bagi kelebihan ketika kita berada di alam selepas mati kelak. Allah Maha Pemurah. Bayangkan pahala wakaf kita tu akan mengalir mencurah-curah tanpa henti bukan sahaja ketika kita masih hidup tetapi juga ketika kita sudah mati! Selagi harta wakaf yang kita bagi tu digunakan oleh orang ramai. Untungkan? Allahu.
KISAH WAKAF BANGUNAN TAHFIZ
Cerita tentang wakaf, ada seorang kawan Lia ni dari Kedah bagitau ada sebuah bangunan tahfiz sedang dibangunkan. Mereka perlukan dana yang banyak. Seperti yang diberitahu oleh kawan Lia ni, bila mudir tahfiz tu mohon sedekah wakaf untuk pusat tahfiz tersebut, dia terus pergi ke lokasi tahfiz tu untuk kepastian.
Menurut kawan Lia, Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar ni adalah sebuah projek initiatif oleh AJK Masjid Kariah Lembah Palas Changlun. Angka mengejutkan. 90% anak-anak muda di kampung mereka ni terlibat dengan ketum dan dadah. Dasyat kan? Lia pun terkedu bila tau. Bila dah terlibat dengan aktiviti tak elok, kita boleh bayang la keadaan masyarakat di situ.
Dan untuk selamatkan generasi muda yang masih sekolah rendah ni, yang masih suci, yang masih bersih dari najis ketum dan dadah, AJK masjid mulakan Program Tahfiz secara sambilan kepada budak sekolah rendah di kampung yang berminat.
Untuk pengetahuan, majoriti penduduk kampung tersebut hidup susah dan kebanyakkan darinya bekerja kampung. Alhamdulillah bila AJK masjid mulakan program tahfiz secara sambilan ni, tak sangka lebih kurang 20 orang murid sekolah rendah sertai. Masih ada sinar pada generasi muda kampung tu. Allahuakbar.
Mereka buat hafalan al Quran waktu malam lepas isyak. Dan bila tengok semangat murid-murid bakal hafiz tu, AJK masjid pun mula gajikan ustaz ajar tahfiz sepenuh masa untuk pantau perkembangan murid-murid tersebut.
Waktu permulaan ni, mereka buat kelas tahfiz ni di kawasan masjid (tepi, dalam masjid). Memang serba kekurangan. Tapi mereka buat juga sebab mereka ada misi murni untuk bantu anak-anak muda kampung supaya mereka ni tidak terjebak dengan dadah dan lain-lain.
Dan pada masa yang sama, AJK masjid mula mencari dana untuk bina bangunan tahfiz. Dan alhamdulilah selepas 3 tahun, mereka berjaya beli tanah 4 relong di hadapan masjid mereka untuk dibina kompleks pusat tahfiz di situ.
PELUANG SAHAM AKHIRAT. KEJAYAAN DUNIA BAKAL MENYUSUL INSYAALLAH.
Dan kini, mereka perlukan lagi dana sebanyak RM200,000 untuk membina bangunan tahfiz di atas tanah tersebut. Dengan siapnya bangunan tahfiz ni, insyaAllah akan ada 100 orang murid tahfiz terdiri dari budak-budak kampung yang hidup susah akan belajar al quran sepenuh masa di situ. InsyaAllah.
Kawan Lia bagitau, sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah atok nenek dan keluarga yg telah meninggal dunia. 1 lot wakaf bernilai rm10 sahaja. Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan. Boleh buat sumbangan melalui:
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nama : PUSAT TAHFIZ SAIYIDINA ABU BAKAR
No. Akaun : 02 0390 10080 690
Email : tahfizsaiyidina.abubakar at gmail dot com
Pengerusi : Cikgu Munawar 019 497 0253
FB Page : https://www.facebook.com/tahfizsaiyidina.abubakarchanglun/
” Sesiapa yang membuat amal kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda amalnya itu … “ (Surah Al-An’am ayat 160)
Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda ” Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .” ( HR Baihaqi )
Besar hajat kawan Lia ni untuk bantu pusat tahfiz tersebut. Jom sama-sama praktikkan tips RAHSIA yang Lia bagitau di atas. Semoga amal kita di dunia ini akan menjadi pahala yang mengalir deras mencurah-curah selepas kita mati kelak. insyaAllah amin.
P/S : Tolong sebarkan perkongsian ni pada yang lain juga ye. Lia percaya mereka yang sebarkan ataupun share kutipan pusat tahfiz ni pun insyaAllah dikira menyumbang juga di sisi Allah. Aminn.
Sumber : FB Nur Aliah Mohd Nor (LINK). JOM FOLLOW RAMAI2.
The post Wanita Ni Dedah RAHSIA Rezeki Mencurah Tanpa Henti. Tolong Jangan Abaikan. appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Sumber :
0 comments:
Post a Comment