Artis

‘Jangan malu kelihatan miskin, tapi malulah sekiranya berpura-pura kaya’


‘Jangan malu kelihatan miskin, tapi malulah sekiranya berpura-pura kaya’

Mampu membeli bukan bermaksud kita harus membeli. Beberapa kali kawan-kawan isteri saya menawarkan beg dan baju-baju mahal. Isteri saya hanya tersenyum dan menggeleng. “Beg dan baju saya masih elok dan belum rosak, dan barang-barang itu terlalu mahal buat saya” kata isteri saya. Dan isteri saya tidak malu kelihatan miskin.
Saya biasanya makan di warung rojak di kota Bandung kalau mebeli barang-barang untuk perniagaan saya dan sering berbual dengan salah seorang penjaga tempat lempat kereta di sana sehingga dia kenal dengan saya.
Pada tahun 2005, saya adalah seorang perunding kewangan untk projek Bank Dunia dan saya mulai merancang untuk membuka perniagaan dengan kawan saya. Tiada orang yang peduli dengan status profesi saya pada waktu itu. Mereka hanya tahu saya memandu  lori kecil dan kadang-kadang menggunakan pengangkutan awam. Ramai orang yang menganggap saya bekerja sebagai seorang pemandu. Dan saya tidak malu kelihatan miskin.
Jangan merasa malu kelihatan miskin, tapi malulah jika kita berpura-pura kaya.
Salah satu modal untuk menjadi usahawan adalah jangan malu terlihat miskin. Saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai jawatan yang baik di sebuah bank. Dia sering bergurau ingin meletakkan jawatan dan menjadi seorang usahawan tapi lapan tahun sudah berlalu dan dia masih bekerja di bank itu, walaupun gurauannya masih tetap sama. Ini disebabkan dia tidak mahu melangkah keluar dari zon selesanya. Untuk menjadi usahawan kita akan banyak berkira dan itu akan membuat kita kelihatan miskin dan susah.
Menjadi seorang usahawan itu kadang-kadang kita harus tebal muka, tebal hati, dan tebal tekad. Rumusan mudah untuk menjadi usahawan adalah membeli lebih murah dan menjual lebih mahal. Ramai di antara  kita sering menggunakan alasan menunggu modal apabila ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan. Padahal rumusan itu sangat mudah, kita lah yang sering membuatnya rumit.
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Abdurrahman bin Auf, dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Sa’ad bin Rabi’. Sa’ad kemudian menawarkan separuh hartanya kepada Abdurrahman bin auf sebagai perwujudan rasa cinta terhadap saudar barunya. Namun beliau menolak dan hanya meminta ditunjukkan jalan ke pasar untuk memulakan perniagaan.
Jadi, modal bukanlah alasan untuk menjadi usahawan. Dan janganlah malu kelihatan miskin, tapi malulah ketika kita berpura-pura kaya. Sayang sekali, terlihat lebih ramai yang berpura-pura kaya.

Hidup Bukan Soal Kaya Atau Miskin. Tapi, Tentang Sabar dan Bersyukur

Banyak sekali artikel menggunakan tema bersyukur dan mengajak untuk sentiasa bersabar. Saya menggunakan tajuk di atas daripada seorang guru yang sangat saya kagumi, Ustaz Subhan Bawazier, semoga Allah memanjangkan umur beliau kerana ikhlas memberikan ilmu kepada kita yang jauh daripada alim. Kita sering menyoal kehidupan kita yang semakin hari semakin berat. Akan tetapi ada satu kunci yang boleh membuat hidup terasa lebih senang dan kita selalu bersenyum.
Masalah demi masalah dalam hidup terus menumpuk di depan mata. Seolah-olah mengejek kita yang termengah-mengah mencari keperluan hidup. Naiflah kita jika kita menafikan wang  dan harta dalam hidup dan naïf jugalah kita kalau kita menjadikan wang dan harta sebagai tujuan hidup. Kerana kebahagian adalah tentang rasa.

Percayalah, manusia tidak akan pernah punya segalanya.

Islam adalah agama yang menyuruh umatnya menyerahkan seluruh diri kepada Allah s.w.t. Tiada seorang pun yang boleh tawar-menawar dengan perintah dan laranganNya. Itulah kesempurnaan dalam sebuah agama. Menerima sepenuhnya dan menjalankan penuh kerelaan.
Tentu saja kamu pernah melihat atau mengenal orang yang kelihatan seperti mempunyai segalanya. Hidup dikelilingi harta, kerjaya cemerlang, keluarga bahagia, reputasi tanpa cela, alim, berjiwa sosial, dan penyayang. Orang yang secara azali membuat kita merah mata. Tapi percayalah, manusia mempunyai keterbatasan untuk melihat. Kita hanya mampu menganalisa dari jauh, lalu dengan mudah membuat kesimpulan sendiri dan mempercayai apa yang ingin kita percaya.

Titik terendah seorang manusia bukan saat ia tidak memiliki harta maupun wang, tapi ketiadaan iman di dalam hatinya.

Putus cinta, dikhianati, diabaikan, dan diperlakukan seperti sampah seringkali membuat kita jatuh. Tersungkur meratapi betapa hina dan rendahnya kita dalam hidup ini. Dalam diam-diam kita menyimpan dendam, mengeluarkan kata-kata kesat yang kita tahu tidak boleh mengubah apapun yang telah, akan dan sedang terjadi.
Manusia merasa sangat benci apabila ia dalam keadaan miskin, pada waktu baki akaun dalam bank tidak mampu meneruskan hidup, dan semua keperluan hidup terasa sangat mahal. Pada waktu itu ia akan merasa penderitaan. Harus diakui, wang dan harta adalah sahabat karib manusia.
Namun begitu, perasaan kekurangan dan tidak berdaya yang sebenarnya bukan berasal dari ketiadaan wang atau harta. Saya bukannya menunjuk cerdik, tapi wang dan harta itu hanyalah sementara dan pasti akan habis. Sementara kepemilikan iman di hati akan sentiasa kekal. Menguatkan dan menyemangatkan hidup.

Saat ini, diluar sana. Ada ribuan orang yang sanggup mati untuk hidup seperti kamu.

Bagaimana cara menimbulkan perasaan bersyukur? Berhentilah mengeluh. Sejak lahir, manusia memang tidak akan pernah merasa lebih beruntung dari satu sama lain. Manusia akan leka pada waktu ia banyak harta dan seringkali sibuk dengan perkara-perkara yang bersifat duniawi. Cubalah untuk mengambil sedikit waktu dan tanyakan dalam hati “ Ada berapa orang yang hidupnya kurang beruntung dari saya”

Sabar itu adalah kata sifat. Bukan kata benda yang bersifat terbatas kuantiti dan kualitinya.

‘Sabar itu ada batasnya. Kesabaran saya sudah habis. Kamu fikir, saya masih boleh bersabar?’
Saya belum melihat erti kata sabar dalam Kamus Bahasa Malaysia. Tapi jika boleh saya ingin mengatakan yang sabar itu adalah kata sifat dan setiap kata sifat tidak ada ukurannya. Maksudnya, tidak ada batasan yang mampu menentukan seberapa besar atau kecil atau banyak atau sedikit jumlah dan/atau mutunya.
Kata sifat itu adalah relatif. Parameternya berbeza untuk setiap orang. Kita boleh menggunakan suara terbanyak atau kebiasaan orang ramai untuk menentukan makna kata sabar. Tapi, tetap sahaja, sabar selalu tergantung dengan keadaan. Isu yang diangkat tidak pernah boleh digeneralisasi. Oleh kerana kita adalah makhluk yang sentiasa bergerak dan menghadapi jutaan kemungkinan, adalah sangat sombong kalau kita membatasi rasa sabar untuk diri sendiri.

ADS HERE



Suka Post Di Atas?? SHARE ! LIKE PAGE KAMI Media Massa Silam Artikel Di Atas Adalah Hasil Perkongsian Dari Blog Yang Lain. Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Sekiranya Pihak Pembaca Salah Erti Kandungan Artikel. Sila Rujuk Sumber Untuk Maklumat Lanjut.

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.