Terkini

Budak Ini Tak Malu Pun Jadi Cleaner Walaupun Bekas Graduan Sains

13620748_1320901331271495_2827279577097816793_n

Sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menjadikan ramai graduan menganggur walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian. 

Gadis ini merupakan contoh terbaik untuk anak muda di luar sana yang masih gagal mendapatkan pekerjaan. Pernah bekerja sebagai cleaner sama seperti emaknya dan menerima upah sebanyak RM900 sebulan. Walaupun mempunyai kelulusan dalam Diploma Geomatik dalam bidang Sains, dia sanggup menjadi cleaner sementara mencari pekerjaan yang lain.

Buat siswazah yang masih lagi menganggur, jangan terlalu memilih kerjaya kerana segalanya bermula dari bawah untuk berjaya. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 

Jadikan kisah gadis ini sebagai sumber inspirasi untuk anda berjaya. Jom baca:

Screen Shot 2016-07-25 at 11.26.20 AM

“Sebelum bekerja sebagai pembantu teknikal di sini, saya bekerja sebagai tukang cuci, bersama-sama ibu. Dalam sebulan saya akan mendapat kira-kira RM900. Saya pernah menerima kritikan serta komen negatif daripada rakan-rakan. Ada yang memberitahu bahawa saya tidak patut bekerja di sini. Terutamanya kerana saya berkelulusan diploma dalam Geomatik Sains (Sistem Maklumat Geografi) dari UiTM Seri Iskandar, Perak.

Kemudiannya saya telah ditawarkan kerja sebagai Pembantu Teknikal di sebuah syarikat di Damansara. Saya bekerja di sana selama sebulan dan apabila saya mahu berhenti kerja, bos tidak membenarkan. Katanya, tarikh lahir saya sesuai dengan Feng Shui syarikat. Selain dari menawarkan saya sebuah kereta, mereka juga menawarkan jumlah gaji mengikut permintaan saya sendiri. Masalahnya, tidak ada mentor untuk saya belajar tentang kerja di sana dan kita juga tidak akan ikhlas melakukan kerja yang kita tidak suka. Jadi, saya berhenti kerja dan kembali menjadi cleaner di tempat lama.

Bos di situ terkejut apabila mengetahui seorang graduan universiti bekerja sebagai tukang cuci – menyapu lantai, cuci tandas dan mengutip sampah. Tetapi anda lihat, jika ibu saya boleh melakukan ini kerja ini untuk hidup, apa yang membuat anda fikir anda tidak boleh? Sekurang–kurangnya saya merasakan apa yang ibu saya lalui setiap hari hanya untuk memberikan saya pendidikan sehingga ke universiti.

Satu hari ibu saya datang kepada saya dan berkata bahawa bos mahu saya bekerja di sini. Saya pergi untuk temu bual itu, dan saya bertuah dan amat bersyukur menjadi Pembantu Teknikal di sini hari ini.

Saya mempunyai rakan-rakan dalam senarai dekan dan pelajar cemerlang, namun mereka masih belum mendapatkan pekerjaan. Mereka sentiasa bertanyakan kepada saya bagaimana saya mendapat kerja tersebut. Selain daripada rahmat Tuhan, ia benar-benar bergantung  kepada usaha dan kesanggupan untuk belajar. Anda perlu keluar dari zon selesa anda dan teruskan pencarian. Anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran dan kawan-kawan baru. “

Sumber: FB Humans of Kuala Lumpur

SUMBER : http://www.gengviral.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.