Kisah

Bergelut cari kos RM200,000 untuk pembedahan anak. Hanya Doa Jadi Senjata Pasangan Ini. Jika Tak Dapat Bantu Dengan Wang, Mohon Untuk Share Supaya Ramai Yang Boleh Bantu.



Machang: Hanya doa menjadi senjata kepada pasangan Mohamed Bakri Hassan, 28, dan isterinya Nurul Syafika Fitrah Mustaffa, 25, bagi ‘merawat’ kesakitan dialami bayi lelaki mereka berusia empat bulan, Muhammad Ghufran Al Arash yang disahkan menghidap ‘Biliary Atresia’ atau kegagalan fungsi hati.

Bayi berkenaan mula menderita penyakit itu ketika berusia dua bulan dan kini, perutnya semakin membusung.

Satu-satunya penyelesaian penderitaan itu ialah bayi berkenaan perlu menjalani pembedahan pemindahan hati, namun kos yang mencecah ratusan ribu ringgit menyebabkan pasangan itu buntu.

Nurul Syafika berkata, mereka perlu menyediakan RM200,000 untuk kos pembedahan di sebuah hospital di China, namun hanya dapat mengumpul RM8,000 hasil sumbangan orang ramai.

Katanya, pendapatan suaminya sebagai pemandu lori dan dirinya sebagai jururawat tidak mampu mengumpul wang sebanyak itu.

“Ibu mana tidak sedih melihat anak kesayangan begitu tetapi habis daya kami untuk mengumpul wang bagi membiayai kos pembedahannya. Kami tidak mampu, keluarga kami bukan orang senang. Saya tak tahu apa yang harus dibuat lagi. Sedih melihat nasibnya begitu, namun saya akur kerana ini ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berangan Mek Nab.

Sumber : heroviralmania.com
ADS HERE

About Jubah Semalam

6 comments:

  1. assalam..bagaimana sy boleh dapatkan no contact diatas..boleh trus watssup saya detail x.. 0122226886

    ReplyDelete
    Replies

    1. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7613591932 atas nama Nurul Syafika Fitrah atau menghubunginya di nombor, 011-26922147. Call dulu sebelum salurkan sumbangan ye

      Delete
  2. bagaimana utk salurkan sumbangan. Thanks

    ReplyDelete
    Replies

    1. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7613591932 atas nama Nurul Syafika Fitrah atau menghubunginya di nombor, 011-26922147. Call dulu sebelum salurkan sumbangan ye

      Delete
  3. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB, 7613591932 atas nama Nurul Syafika Fitrah atau menghubunginya di nombor, 011-26922147.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana feedback bagi pihak keluarga penerima

      Delete

Powered by Blogger.