Terkini

5 Pantang Larang Vitamin Untuk Manfaat Optimum

Anda baru sahaja melaburkan wang untuk vitamin untuk kesihatan yang lebih baik. Namun, masih tidak merasa manfaatnya setelah mengambil supplement dan vitamin setelah beberapa lama.

Mari kita ‘check-it-out‘ sama-sama senarai semak dan pantang larang tentang pemakanan supplemen ini. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau anggap remeh.

Beberapa Faktor Kenapa Vitamin / Suplemen Tidak Berkesan

Saya memang yakin ramai yang tahu tentang keberkatan amalan yang istiqamah. Dalam hal supplemen atau vitamin pun konsepnya sama. Kita perlu beristiqamah atau konsisten bagi mendapatkan kesan optimum hasil dari pengambilan supplemen.

Berapa lama kita perlu istiqomah itu? Menurut pakar-pakar nutrisi, kita disarankan untuk makan supplemen ini secara konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian dan kesan yang optimum. Tambah pula, sel-sel tubuh kita kita hidup antara 90 ke120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement.

Setelah diselidik, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi iaitu:

1. Memandang Remeh Pengambilan Air Kosong Seperti Yang Disarankan

air

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka minuman yang bergula dan berperisa. Air yang manis bukan sahaja meningkatkan kepekatan darah malah punca utama masalah kegemukan atau obesiti.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik iaitu sekurang 3 liter sehari (lebih kurang 8 gelas).

Sebenarnya pengambilan air masak yang mencukupi ini bukan sahaja untuk pengambilan vitamin. Tetapi memang disyorkan oleh pakar perubatan untuk kesihatan berkekalan.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.

Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan sel tubuh keliru sama ada kita berasa lapar atau haus.

 

2. Elakkan Makan Vitamin Secara Banyak Sekaligus Dalam Satu Masa

dsdfd

Apabila kita makan semua sekali vitamin secara sekaligus, ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Biasanya, ramai yang suka amalkan ini perkara ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

Justeru, cubalah untuk agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa sahaja.

Ini juga untuk membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebankan untuk bekerja pada satu-satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan Pengambilan Vitamin Bersama Ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam.

Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas anggaran masa 1 jam ke 2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan Pengambilan Kafein Dalam Diet Harian

kopi

Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sudah sedia ada dalam badan?

Maka pengambilan minum yang berkafein tinggi seperti kopi secara berterusan, boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.

Kita mungkin tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan vitamin terjejas disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

Namun, bukan bermakna tidak boleh minum kopi. Boleh. Cuma hadkan kepada 1 cawan sehari atau jangan minum kopi sekurang-kurangnya 3 jam sebelum makan vitamin atau supplemen.

5. Pantang Larang Lain Yang Perlu Anda Tahu Dalam Pengambilan Supplemen

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

 

Sekiranya anda membeli vitamin-vitamin ini, maka dapatkan jadual dan cara makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli. Janganlah main beli sahaja!

Apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Kesan paling ketara jika makan tanpa ilmu ialah kita tak mendapat manfaat yang diinginkan dan mula menyalahkan vitamin atas kesilapan kita sendiri.

 

Sumber : http://www.celikvitamin.com/blog/tidak-merasa-manfaat-setelah-mengambil-supplement-dan-vitamin-mari-kita-check-senarai-semak-dan-pantang-larang-ini/

The post 5 Pantang Larang Vitamin Untuk Manfaat Optimum appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://www.gengviral.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.