Terkini

TERKINI ! Pelakon Popular Mati Di Celah Batu Di Air Terjun Bidor ! Lihat Foto Keadaan Mayat Yg NGERI !


11209344_546000878901055_159028079401824

Ipoh: Mayat pelakon lelaki yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, hari ini.

L Keshava Rajan, 25, warga tempatan yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan hilang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan air terjun berkenaan, 5.45 petang semalam.
11012056_546000958901047_873195155431630

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan anggota menjalankan semula operasi mencari serta menyelamat bersama-sama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi ini.


Operasi kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap, katanya.Som Sak berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.
Katanya, dia ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
12239650_546000912234385_870230773352279
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood iaitu gelaran industri perfileman di selatan India.

Filem pertama lakonannya bertajuk Ka Ka Ka Po dan bakal ditayangkan, Disember ini.
Dia sepatutnya berlepas ke Chennai, hari ini, bagi membuat persiapan terakhir bersempena majlis pelancaran serta tayangan perdana filemnya.

12274205_546000902234386_821814076114448
12279130_546000978901045_424143654798426
12289488_546000935567716_320880595403113
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.