Terkini

Panduan Berpuasa Bagi Isteri Anda Yang Mengandung

Bulan yang mulia menjelma kembali; di mana para Muslimin dan Muslimat diwajibkan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Pengecualian daripada melaksanakan kewajipan ini adalah jelas dan boleh diperolehi daripada para ahli ulama atau pemimpin-pemimpin agama.

Walau bagaimanapun, kes isteri yang hamil selalunya berada dalam keadaan yang tidak pasti, menyebabkan satu persoalan : mereka perlu berpuasa atau tidak?

 

ibu-hamil

Panduan Berpuasa Bagi Isteri Mengandung

Walau apapun kemungkinan keputusannya, saya yakin bahawa anda tahu apa yang terbaik untuk anak yang isteri anda kandungkan. Namun, sebelum mengambil risiko, pertimbangkan hal-hal ini:

  1. Sudahkah anda dan isteri berbincang dengan doktor tentang keadaan isteri anda dan adakah ianya selamat untuk isteri anda memulakan langkah untuk berpuasa?
  2. Adakah Pengamal Kesihatan meletakkan isteri anda sebagai penanggung sebarang kemungkinan berisiko?
  3. Apakah keadaan terkini cuaca, panas yang membahang atau panas bersederhana?
  4. Adakah isteri anda perlu mengambil ubat-ubatan di siang hari?
  5. Adakah isteri anda menghidap diabetes, di mana penggunaan insulin adalah perlu?
  6. Adakah isteri anda mengalami masalah pada kandungan yang terdahulu?
  7. Adakah isteri anda mempunyai sejarah bersalin anak pra-matang (proses bersalin awal dari waktu yang dijangka)?
  8. Adakah aktiviti seharian isteri anda (pekerjaan, rumah) berat?

Jika terdapat sebarang persoalan di atas berkaitan dengan isteri anda, langkah terbaik adalah dengan mendapatkan penilaian doktor tentang keperluan isteri anda untuk berpuasa.

Doktor mungkin menasihatkan agar isteri anda tidak perlu berpuasa, berdasarkan kefahaman medikal, berhubung dengan anak dalam kandungan mahupun kesihatan isteri. Sebaliknya, isteri lebih cenderung untuk menjadi baik dan cukup sihat untuk menyertai orang lain berpuasa.

Lagipun, kehamilan bukanlah satu penyakit atau kecacatan. Ia hanyalah keadaan sementara yang memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih untuk memastikan kedua-dua ibu dan anak adalah selamat.

kasih-sayang

PANDUAN YANG PERLU DIIKUTI OLEH ISTERI ANDA

  1. Makan makanan yang seimbang, bernutrisi untuk Sahur atau di pagi hari
  2. Jangan abaikan makanan di awal pagi
  3. Perbanyakkan minum air tetapi jauhkan dari meminum air berkafein seperti kopi atau teh.
  4. Amalkan kesederhanaan dalam segala hal, termasuklah pengambilan garam dan gula.
  5. Dapatkan rehat secukupnya dan cubalah mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti yang berat.
  6. Sentiasa dalam keadaan dingin di siang hari dan ini termasuklah mengelakkan melakukan aktiviti luar.
  7. Semasa berbuka puasa, cuba makan secara perlahan-lahan. Usus telah berehat sepanjang hari, dan ia adalah elok untuk mengelakkan usus dari ‘terkejut’ dengan kemasukan makanan yang berlebihan.
  8. Dalam tempoh yang tidak berpuasa iaitu di sebelah malam, amalkan pengambilan makanan ringan yang sihat secara kerap untuk memastikan anda mempunyai nutrien dos secukupnya
  9. Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada penjual yang bersih.

 

sokongan-suami-ketika-isteri-mengandung

Walaupun telah mendapat kebenaran untuk berpuasa, sentiasa perhatikan simptom-simptom ini:

  1. Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan anda
  2. Kontraksi abdomen anda
  3. Rasa mual atau muntah-muntah
  4. Pening atau rasa di awang-awangan
  5. Demam
  6. Sakit bahagian bawah tulang belakang
  7. Sakit semasa membuang air kecil
  8. Sakit kepala
  9. Kelemahan / Sengal badan
  10. Dahaga atau kelaparan yang melampau

Sekiranya isteri anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini, segeralah berjumpa doktor, kerana ia mungkin tanda amaran bagi sebarang keadaan yang serius.

Kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk berpuasa. Walau bagaimanapun, isteri harus sentiasa peka untuk sebarang isyarat dari badan yang berkemungkinan memerlukan rawatan.

Jika terdapat keraguan, berbincanglah dengan pembekal penjagaan kesihatan. Akhir kata, semoga perjalanan kandungan anda berada dalam keadaan yang sihat.

The post Panduan Berpuasa Bagi Isteri Anda Yang Mengandung appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.