Kisah ini telah dikongsikan menerusi sebuah laman Facebook Wong Bo Sie
menceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput anaknya
namun sepanjang perjalanan terjadi sesuatu yang tidak diduga.
Ikuti kisah selanjutnya:-
Maafkan saya bro…
Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak
le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak
le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni
tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya.
Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le…
Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan
dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga
le ni…
“Asalamualaikum bro. Pehal ni?” Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata
keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang
spana hidup. “boleh saya tengok?” Aku tanya dia. “Bro pomen ke?” Dia
tanya aku balik.”tak ahh…tapi saya penah kena cani dulu” aku bagitau
dia. “Takpe la bro,gase saya boleh setel ni”. “Oo…ok la kalu cantu” kata
aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuan…”masuk ni
dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa
masalah awak ni !”.
Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur
minyak yang datang dari oil pump. Memang takde minyak. Aku mintak spana
idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku
tengok ok je…Dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering cani.
Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit
dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.
Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak – tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.
Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku
klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini
dia membebel keta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak
lelaki dia ikut sama.
Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau
kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia
lapar dan haus. Dia diam je…sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas
kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal
roti bun (ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk
minyak.
Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang
memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la,
macam la begatus…
Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak
aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je la…dalam 2 kilometer nak sampai
dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap
ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah…aku punye la saspen mase tu tuhan je
yang tau.
Aku pun benti le…tetiba…”bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan
bro”. “Apsal?” Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.
“Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak rosak pun bro. Keta saya tu
memang habis minyak.” Aku tak dapat cakap apa dah…”Saya memang tade duit
nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii…” Aku
masih diam…”duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya
bro…” Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpe…aku halalkan.
Dia sambung lagi. “Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah
makbulkan doa saya? Demi Allah bro…dekat dua jam kami kat sana tadi.
Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat
ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam
hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya.
Alhamdulillah…Allah hantar bro untuk saya.”
Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh… Dah memang kebetulan
pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le…Tapi dia tetap
begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei…
Lepas tu dia pandang anaknya.
“Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang
abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang
dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?” Anaknya angguk
kepala.
“Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu
sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu taknak anak anak-anaknya
susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah
pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu,malu dengan
anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk
senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye.” Katanya
lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu
bepelukan sambil menangis. Aku klua keta…Sumpah…Demi Allah,aku pun
nanges sama…
Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke
keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya
hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia
peluk aku. “Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya…saya
janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni.” Dia mintak nombo
tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi…
Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk…aku pesan sikit kat dia.
“Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat…Besok kalu dah bejaya, jaga
babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah
tu sentase sehat dan tabah”. Sambil aku selitkan duit yang babahnya
tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.
Allahu Akbar…sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa
aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan
membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku…
Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau
sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih
susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah
tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.
Bukan niat aku untuk betakbur riak,sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.
#PeringatanDiaUntukAkuYangKaliKeberapaNtah
ADS HERE
0 comments:
Post a Comment