Terkini

ISU WANITA GUNA BAJU KETAT DI KELANTAN DIDENDA RM1K JADI PERHATIAN NETIZEN


“SELEPAS lima hari Ramadan 31 wanita Islam di Kelantan telah diheret ke pengadilan kerana tidak memakai tudung atau berpakaian ketat, lapor Sin Chew Daily”

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda lebih RM1,000 atau penjara lebih 6 bulan, atau kedua-duanya, lapor akhbar itu lagi.

Susulan itu, banyak pihak memperkatakan tentang hal ini di laman-laman sosial namun sesetengahnya lebih cenderung ke arah negatif.



Didapati kebanyakan yang berkongsikan berita ini dan menjadikannya satu isu adalah golongan bukan Islam atau Melayu ‘liberal’ yang melihatnya sebagai sesuatu yang membimbangkan dan menafikan hak kebebasan manusia.

Bagaimanapun menerusi pencerahan diberikan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Mohd. Fadzuli Mohd. Zain, 31 wanita yang didapati berpakaian ketat dan seksi dalam `Ops Aurat’ yang diadakan pada Rabu lepas tidaklah sampai dikenakan kompaun RM1,000.

Sebaliknya 24 daripada wanita terbabit menerima notis hadir kaunseling pada tarikh yang ditetapkan oleh JAHEIK manakala tujuh lagi hanya diberikan amaran.

Ternyata apabila perkara ini dilaporkan secara tidak tepat ianya menimbulkan persepsi negatif terhadap usaha JAHEIK menegakkan hukum Islam di negeri berkenaan.

‘Ops Aurat’ dijalankan khas bagi mendidik orang ramai khususnya wanita agar lebih menghormati bulan Ramadan dengan tidak berpakaian seksi atau menjolok mata.

24 wanita yang didapati berpakaian ketat lalu menerima notis kaunseling sebelum ini, diwajibkan JAHEIK menghadirinya atau berdepan hukuman lebih berat.



Undang-undang Kelantan melarang kaum wanita membuka aurat atau berdepan saman sempena Ramadan mendapat sokongan umat Islam tempatan di sana.

“Mana-mana individu yang ingkar akan dihadapkan ke mahkamah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

“Tindakan yang dilakukan oleh JAHEAIK ini bukannya bertujuan mendatangkan masalah kepada kaum wanita tetapi lebih kepada mendidik mereka supaya menghormati bulan yang mulia ini,” kata Fadzuli. – SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.