Mahu tahu bagaimana cara merawat ekzema kering secara semulajadi? Ya, pada tulisan terbaru kami kali ini akan membincangkan mengenai cara merawat penyakit kulit yang bernama ekzema.
Cara rawatan yang akan kami berikan iaitu memakai bahan semulajadi yang boleh anda dapatkan di dapur anda, tetapi sebelum membincangkan tentang cara rawatannya, alangkah baiknya bila kita tahu puncanya terlebih dahulu.
Punca ekzema
Penyakit kulit ekzema ini memang belum di kenali dengan meluas, tetapi menurut ramalan dari sebahagian pakar kulit mengungkapkan bahawa penyakit kulit ini mempunyai hubungan erat dengan system kekebalan tubuh (Kekebalan).
Beberapa sumber juga mengatakan bahawa penyakit ini disebabkan oleh kerana darah kotor, kekurangan vitamin K, kesan dari zat-zat kimia serta faktor cuaca juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit ekzema.
Bagaimanakah cara merawat ekzema kering?
Untuk rawatan yang terbaik seharusnya melakukan pemeriksaan doktor pakar kulit, sehingga anda boleh melakukan kawalan serta rawatan secara berkala sehingga sembuh.
Tetapi untuk anda yang ingin mencuba merawat ekzema secara semulajadi, ada beberapa bahan herba yang dipercaya dapat merawat penyakit ekzema ini.
Bahan Semulajadi yang dapat membantu merawat penyakit ekzema
Bahan yang diperlukan:
– 1 ruas lengkuas
– 1 ruas kunyit
– Kapur sirih secukupnya
Cara membancuh:
- Pertama-tama cuci lengkuas serta kunyit sampai bersih, lalu parut kedua-dua bahan itu.
- Selepas itu, campurkan kedua-dua bahan itu serta tambahkan sedikit kapur sirih.
- Lalu kompres kulit yang terkena ekzema kering dengan air hangat, lantas keringkan dengan tuala bersih yang lembut.
- Seterusnya sapukan ramuan yang telah di buat tadi secara rata pada kulit yang terkena ekzema, lantas balut dengan memakai pembalut agar tidak terkena air dan sabun.
- Ganti secara rutin 2 kali sehari dengan ramuan yang baru.
Nota:
Sekiranya anda pesakit ekzema, sebaiknya elakkan beberapa makanan seperti daging, telur dan ikan. Kerana makanan itu boleh menimbulkan rasa gatal yang tidak tertanggung. Sebaiknya perbanyakkan pengambilan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, tauhu, tempe dan susu.
Itulah sedikit ulasan yang boleh kami berikan mengenai cara merawat ekzema kering secara semula jadi, semoga ulasan diatas dapat bermanfaat dan semoga segera sembuh.
Semoga bermanfaat untuk anda semua, admin harap selepas baca anda share la artikel ini untuk manfaat semua dan membantu kawan-kawan yang mengalami ekzema daripada terus menderita.
The post Cara Mudah Merawat Ekzema Kering Secara Semulajadi appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment