Terkini

Bersahur dan Berbuka, 5 Beradik Kongsi Mee Segera

Oleh Ezaura Rafe. Sumber hmetro

Elya Susanti Ab Rakit, seorang ibu yang terpaksa dimasukkan di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur atas sebab masalah saraf dan telah menjalani pembedahan belakang bagi kali ketiga baru-baru ini. Elya hidup dalam kesempitan dan mempunyai 5 orang anak yang terpaksa menguruskan diri mereka sendiri tanpa ibunya disisi.

KUALA LUMPUR 27 JUNE 2016. Nor Alya Dayana, 12 (kiri) bersama adik beradiknya ketika ditemui dirumahnya di Batu Caves. NSTP/IHSAN PEMBACA

Nor Alya Dayana, 12 (kiri) bersama adik beradiknya ketika ditemui dirumahnya di Batu Caves. NSTP/IHSAN PEMBACA

“Sejak mama masuk hospital, kami hanya bersahur dan berbuka puasa dengan mi segera, itu pun terpaksa berkongsi,” begitu luah Nor Alya Dayana Muhammad Nadzri, 12, anak sulung daripada lima adik-beradik yang kini menjadi ketua keluarga selepas ibu mereka terlantar di Hospital.

“Bila jemu makan mi segera, kami makan roti. Apa pun yang berlaku, saya pegang pesan mama, suruh saya jaga adik-adik. Mama juga berpesan supaya kami jangan meminta-minta walaupun susah.

“Saya sudah biasa hidup begini tapi berasa sedih bila mengenang mama yang terlantar di hospital, apatah lagi bulan Ramadan dan tidak lama lagi hari raya,” ujar Dayana.

Menurut Dayana, sepanjang ketiadaan ibunya yang bercerai, dialah yang bertindak sebagai ketua keluarga dengan menyediakan segala keperluan adik-adiknya seperti memasak, membasuh dan menggosok pakaian.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.