Sekarang ni contact lens seolah-olah menjadi pelengkap untuk penampilan diri. Tak kisahlah guna kanta sentuh untuk tujuan kecantikkan mahupun pengganti cermin mata untuk yang rabun. Pandai pakai, tapi tak beri perhatian dari segi penjagaan boleh mengakibatkan masalah mata dan boleh menyebabkan buta tau.
Cara-cara untuk mengurangkan risiko jangkitan mata terhadap penggunakan contact lens:
1. Masa tidur
Elakkan dari menggunakan contact lens semasa tidur. Tidur bersama contact lens boleh menambahkan risiko jangkitan pada kornea mata. Kanta sentuh tidak patut dipakai melebihi 10-12 jam sehari.
2. Ketika berenang
Menggunakan contact lens ketika berenang bukanlah satu tindakan yang bijak. Kolam renang dan air paip mengandungi pelbagai mikroorganisma (organisma halus yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop).
3. Kebersihan
Pengguna kanta lekap perlu berdisiplin dalam penjagaan terutama aspek kebersihan:
1. Jangan pakai contact lens di dalam bilik air. Tempat yang lembab dan basah, merupakan tempat pembiakan mikroorganisma.
2. Lepas cuci tangan, jangan terus pakai contact lens tu. Pastikan tangan kering sebelum anda menyentuh contact lens itu.
3. Gunakan cecair pencuci khas untuk mencuci contact lens tersebut. Semasa membersihkan contact lens, pastikan anda menggosok contact lens tersebut dengan tapak tangan untuk menanggalkan kekotoran yang melekat. Rendam dengan cecair sahaja tidak mencukupi untuk membersihkannya.
Sumber: mmgazette.com
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment