Jus lemon memang masam tetapi bila tahu khasiatnya tentu anda tolak tepi rasanya yang masam itu. Amalan minum jus lemon yang mengandungi flavonoids sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan terutama mereka yang sangat risau dengan masalah berat badan!
Jus lemon juga mengandungi antioksidan dan penentang kanser yang hebat serta mengelakkan serangan diabetes, tekanan darah tinggi, demam sembelit, penghadaman, memperbaiki masalah kulit, rambut dan gigi.
Kajian American Urological Association menekankan tentang fakta yang jus lemon dapat menyingkirkan batu di buah pinggang dengan membentuk sitrat urinari yang mencegah pembentukan hablur.
Ini adalah 8 masalah yang boleh selesai dengan lebih baik jika mengamalkan minum jus lemon berbanding menelan pil.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Banyak kajian dilakukan telah membuktikan jus lemon membantu misi anda. Ia mengandungi pektin iaitu fiber yang membantu usaha menurunkan berat badan.
2. MASALAH KULIT
Jus lemon penuh dengan antioksidan yang membantu membuang kedutan atau noda, kesan penuaan dan parut. Ia juga membersihkan darah anda dan membuatkan kulit kelihatan lebih bersinar.
3. DETOKS
Campuran detoxifier berkesan dengan air ditetapkan untuk beberapa jenis pembersihan, pembaharuan dan penyahtoksin dalam badan.
4. PERGERAKAN USUS
Lemon kaya denga tumbuhan fiber yang dipanggil fiber pektin – yang membantu pergerakan usus dengan tetap serta membersihkan usus besar, dan sentiasa bertugas sebagai anti bakteria yang mujarab!
5.
ADS HERE
KETIDAKSEIMBANGAN pH
Mengambil segelas air lemon suam di waktu pagi membantu membetulkan semula pH, dan menjadikan pH beralkali. Semua itu kerana walaupun jus lemon adalah berasid ia mewujudkan persekitaran alkali dalam badan.
6. MASALAH PENGHADAMAN
Membantu penghadaman dengan menggalakkan pengeluaran hempedu.
7. PERTUMBUHAN BAKTERIA BERLEBIHAN
Menghentikan pertumbuhan bakteria berlebihan.
8. KERADANGAN & KESAKITAN
Lemon membantu kesakitan dan keradangan sendi-sendi terutama di lutut dan ia membantu melarutkan asid urik. Ia sememangnya penyembuh yang hebat untuk orang tua.
Artikel Berkaitan : Resipi Air Detox Untuk Kurangkan Berat Badan
The post 8 Masalah Berkaitan Berat Badan Boleh Selesai Dengan Hanya Minum Air Lemon appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
0 comments:
Post a Comment