Terkini

Wanita Telan 5kg Durian Selepas Dilarang Bawa Buah tersebut Atas Keretapi

c58b05bd-b851-4201-a3e5-bed4ab11223c

Sumber: Shangaiist. Oleh: Aimi Nordin

Apa anda buat bila buah durian yang anda beli berkilo-kilo tidak dibenarkan dibawa naik ke dalam keretapi oleh pengawal keselamatan? Ya, anda makan durian tersebut.

Itulah yang dilakukan seorang wanita di stesen keretapi Anhui, China. Wanita ini ditahan selepas pengawal keselamatan di sana menghidu bau yang tidak menyenangkan. Selepas memeriksa, terdapat 5kg durian di dalam bagasinya.

Wanita ini dilarang membawa durian tersebut dan untuk mengelakkan kerugian wanita berkenaan membuka buah itu dan memakan hampir 5kg isinya dengan pantas sehingga hidungnya berdarah.

Macam-macam orang lakukan untuk mengelakkan kerugian. Anda nanti kalau makan durian perlahan-lahan jangan gelojoh nanti tak pasal-pasal hidung berdarah pula.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.