Terkini

VIDEO MAKCIK INI SIHIR PREMIS KEDAI JADI VIRAL


WALAUPUN zaman kian moden namun masih ramai manusia memilih amalan khurafat atau sihir yang menyalahi agama untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati.

Menerusi satu video yang dimuatnaik di Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib, seorang wanita separuh usia dalam rakaman berkenaan didakwa sedang melakukan perkara mistik terhadap sebuah premis perniagaan.

Dapat dilihat wanita itu kelihatan duduk lalu terkumat kamit membaca sesuatu selepas mendapat barang yang dihulurkan tangan seseorang.

Seterusnya dia mula menabur objek kurang jelas di sepanjang pintu masuk kedai sebelum beredar dengan tergesa-gesa.

Apa yang agak ‘angker’ ada yang mendakwa jika diperhatikan betul-betul wanita itu bukan sahaja menabur sesuatu malah ada bayang hitam yang ditinggalkannya di situ.

Jom perhatikan rakaman di bawah:

Dapatkah anda kenal pasti bayang hitam dimaksudkan?

Apa pun jika benar makcik dalam rakaman video ini melakukan perkara yang menyalahi agama, semoga dia sempat bertaubat.

Ingat, meminta bantuan jin atau syaitan sekaligus menyekutukan Tuhan Maha Esa adalah antara dosa besar yang tak akan diampunkan Allah jika tidak bertaubat nasuha. 
 
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.