Terkini

[Video] Dengan Adanya Mesin Ini, Anda Dah Tak Perlu Lipat Baju Sendiri

Screen Shot 2016-06-01 at 9.45.46 AM

Imej dari iemo.jp

Malas lipat baju lepas cuci? Anda mungkin memerlukan mesin Foldimate ini.

Foldimate merupakan sebuah mesin robotik yang boleh melipat baju secara automatik selepas ia selesai dibasuh. 

Selain dari melipat baju, mesin ini juga turut menyediakan penggunaan stim bagi menghilangkan kedutan pada baju.

Proses yang diambil ketika menggunakan Foldimate diaktakan mengambil masa sedikit kerana pengguna perlu menggantung baju pada Foldimate secara manual. Hanya 12 helai baju yang boleh digantung dania mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk melipat sehelai baju.

Buat masa ini, pakaian yang boleh dimasukkan terhad kepada beberapa jenis pakaian sahaja.

Difahamkan, mesin ini akan berada di pasaran dalam beberapa tahun lagi dan harganya dijangka dalam sekitar $850 (lebih kurang RM3,500).

Sumber: Amanz

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.