Terkini

TERJUN KANDANG SEMATA-MATA INGIN BERSALAM DENGAN SINGA (VIDEO)


NEW DELHI - Seorang lelaki yang dipercayai mabuk terjun masuk ke dalam kandang singa di sebuah zoo, semata-mata mahu bersalam dengan Lion King itu.

Murkesh Kumar, 35, terjun masuk dan menghampiri haiwan ganas itu menyebabkan pengunjung lain yang menyaksikan insiden itu menjerit menyuruhnya tidak menghampiri singa tersebut.

Difahamkan, Kumar mengunjungi Taman Zoo Nehru di Hyderabad bersama dengan rakannya dan minum arak sebelum terjun ke dalam kandang haiwan tersebut.

Meskipun dinasihatkan oleh pengunjung lain untuk tidak menghampiri haiwan itu, Kumar tetap terus mara dan cuba bersalam dengan haiwan tersebut sambil berkata,

"Datanglah sini sayang,"

Tindakan pantas kakitangan zoo berjaya mengawal keadaan dan mengusir haiwan berkenaan dari Kumar dan seterusnya ditahan oleh polis.



"Apabila kami meminta dia menjelaskan tindakannya itu, dia berkata dia mahu melihat singa secara dekat dan bersalam dengan haiwan itu," kata Harish Kaushik, Inspektor Polis di Bahadurpura.

"Kami akan sambung siasatan selepas dia stabil dari kemabukannya itu," katanya. 

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.