Terkini

MIA AHMAD BERCINTA DENGAN PENJAGA GOL JDT, IZHAM TARMIZI ?


PELAKON Mia Ahmad menafikan dakwaan mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi.

Walaupun begitu, Mia mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan bintang bola sepak tersebut.
Izham Tarmizi

“Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Ini kerana adalah terlalu awal untuk memberitahu bahawa saya sedang berada dalam sesuatu hubungan. Perkara ini sebenarnya bagi saya agak privasi tetapi apa yang boleh saya beritahu di sini adalah kami hanya berkawan.

“Kalau mahu kata dalam fasa berkenalan, jujurnya kami sudah kenal, cuma untuk lebih mengenali hati budi masing-masing tidak ada masa sebab sibuk,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.

Dalam perkembangan kariernya, drama lakonan Mia bersama Ashraf Muslim, Mr Boss, Miss Stalker kini sedang ditayangkan di TV3 menerusi slot Dahlia yang bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7 malam. –  SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.