Makanan yang masuk ke dalam tubuh kita hari ini tak dinafikan banyak mengandungi bahan kimia. Ditambah pula dengan pencemaran udara , pengambilan ubat-ubatan moden dan makanan harian seperti daging, ikan dan sayuran.

Daging frozen, Ikan yang yang disimpan dan diawet dengan agen pengawet serta sayur-sayuran yang disembur racun perosak adalah punca utama penyumbang kepada kanser.Jadi adalah penting untuk kita mengeluarkan semua toksin ini bagi memastikan tubuh sihat dan bebas dari penyakit.

Antara proses yang biasa dilakukan untuk mengeluarkan toksin ini adalah detoks. Paling sinonim dengan kita adalah air detoks terutamanyanya air lemon.Detoksifikasi tidak memerlukan proses yang rumit, selain air detoks tadi anda juga boleh melakukannya dengan mengamalkan makanan tepat yang mampu membantu membersihkan racun dan ‘sampah’ di dalam tubuh.

Antara makanan yang boleh digunakan untuk menyingkirkan toksin dari badan adalah sperti berikut:

1. Cranberry/Acai berry/Blueberry
Buah ini baik untuk mencegah jangkitan saluran kencing dan menyingkirkan racun yang mendap selain bersifat antibakteria.

acai berry

2. Limau
Dalam catatan Journal of Agricultural and Food Chemistry tahun 2013, buah limau ini dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah pembentukan batu ginjal. Ia juga rendah kalori yang baik untuk diet.

limau

 

 

3. Kubis
Menurut Food Fermentation Laboratory, U.S. Department of Agriculture, Agricultural Research Service, North Carolina State University, kubis sarat dengan unsur sulfur yang penting untuk membantu menyingkirkan racun dalam makanan dan ubat-ubatan yang masuk ke dalam tubuh.

cabbage
4. Lemon
Lemon sudah diketahui ramai buah kaya dengan khasiat. Ia mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan yang dapat melindungi hati dan membersihkannya dari toksin.

limau
4. Brokoli
Jika anda tidak suka brokoli, seharusnya anda belajar menyukai sayur ini. Brokoli mempunyai enzim yang dapat membantu  sistem pencernaan tubuh bekerja dengan efisien. Brokoli mentah adalah yang terbaik kerana  nutrisi di dalamnya masih penuh, belum terjejas akibat proses pemanasan.


6. Avokado
Memang harganya akan mahal tapi berbaloi kerana ia kaya antioksidan. Salah satu unsur antioksidan yang terkandung di dalamnya adalah glutathione. Ia akan membersihkan tubuh dengan cara mengeluarkan unsur yang beracun dari tubuh menjadikan tubuh rasa lebih sihat dan segar.

avakado

7. Biji bunga matahari
Jika mahu makan jajan, ambil yang ini. Ia menolong proses detoks pada bahagian hati. Selain mencegah penumpukan kolesterol yang membahayakan jantung dan pembuluh darah.

sunseed

6. Bawang putih

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/16/Garlic.jpg
Semua makanan ini terdiri dari sayur dan buah, jadi tak tiada kesan sampingan melainkan ia menambah baik kesihatan anda.

Sumber : www.fitnea.com