Terkini

KONTROVERSI STATUS BAJU SAMA DI INSTAGRAM AYDA JEBAT & RADIN (3 GAMBAR)


GOSIP di antara penyampai radio Era, Radin dan Ayda Jebat sering diperkatakan dan apabila mereka tampil memakai pakaian sedondon ketika menghadiri sebuah majlis anugerah pada Sabtu lalu, ianya menguatkan lagi dakwaan orang ramai.

Selain itu Radin juga dilihat memuat naik beberapa gambar beserta caption yang boleh mengundang gosipnya dengan Ayda di Instagram.





Mengulas perkara ini, Radin menyatakan dia tidak menolak jika jodohnya telah ditentukan bersama Ayda Jebat.

“Saya tidak menolak jika dia merupakan jodoh yang sudah ditentukan Allah. Saya menyedari kehadirannya ketika dia memasuki Akademi Fantasia musim kesembilan. Selepas itu dia meletop dengan drama Rindu Awak 200%.

Radin dan Ayda Jebat

“Tahun ini saya menjadi hos sambutan hari lahirnya dan tahun lalu dia jadi tetamu saya di konti Era ketika mempromosikan single Siapa Diriku. Peminat Ayda juga menyenangi saya. Jadi tidak ada masalah jika kami berkawan,” kata Radin kepada BH Online.

Dalam pada itu Ayda jebat juga tidak menafikan dirinya dan Radin sedang berkawan rapat kerana baginya, mereka mempunyai keserasian dan personaliti Radin amat disenangi olehnya.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.