Terkini

"KERJA BANKER TAK CUKUP DUIT KER SAMPAI BERNIAGA TEPI JALAN.."


Ada orang malu nak beritahu yang dia berniaga untuk sara hidup. Malu nak beritahu yang dia berniaga online, malu nak beritahu dia jadi dropshipper, malu nak letak iklan di wall Facebook, malu nak beritahu kawan-kawan yang Sabtu dan Ahad dia buka meja jual nasi lemak, segan nak canang dia jual kuih petang-petang.

Kenapa mesti malu ye? Aku ada kawan yang weekday dia kerja as banker dan weekend dia buka meja jual air mangga. Sedikit pun tak ada rasa takut untuk dikecam,

"Eh? Kau jual air mangga? Kerja banker tak cukup duit ke?"

Kalau kau dengar ada suara-suara sumbang seperti ini, kau jangan pergi maki dia. Kau tapau satu cawan, bagi dia minum free. Selepas itu, kau cakap pada dia,

"Kalau sedap, lepas ini singgit satu cup,"

Sama ada kau berniaga atas dasar nak mencari duit lebih, memandangkan kita semua ada hutang nak dihadap setiap bulan atau berniaga sekadar suka-suka, tak usah malu. Semua rezeki Allah sudah tentukan. Semua kerana gerak dari Dia.

Kita bukan buat kerja haram, kita berniaga sahaja gais. Bukan pergi mencuri. Janganlah malu dalam mencari rezeki, janganlah punyai rasa takut yang standard kita akan jatuh. Malulah jika kamu malas dan hanya mengharap belas ikhsan dari orang.

Dan bagi mereka yang suka mengata kawan-kawan yang berniaga secara kecil-kecilan ini, nasihat aku hanya satu sahaja. Kau belum didigua Tuhan lagi. Dunia ini roda, ada masa kita di atas, satu hari nanti kita pasti di bawah. Jangan menghina. Mungkin mereka itu tidurnya lebih lena dari kita. - Lini Mohd
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.