Terkini

Kembar Tumpang Hidup Dalam Perut Remaja Lelaki Selama 15 Tahun

Screen Shot 2016-05-24 at 1.39.23 PM

Shahril, 15, terpaksa dibedah akibat sakit perut di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah. Tak sangka perut yang membesar dari sehari ke sehari rupa-rupanya disebabkan janin kembar yang menumpang hidup secara parasit dalam perutnya terpaksa dibuang.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, sumber terdekat dengan Shahril menceritakan janin yang dikeluarkan itu boleh dilihat dengan mata kasar mempunyai rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah pun terbentuk.

Sewaktu kecil, Shahril pernah di bawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan doktor berikutan keadaan saiz perutnya yang membulat tidak seperti kanak-kanak lain, namun doktor tidak melakukan apa-apa kerana dia tidak pernah merasa sakit.

Pada usia 10 tahun, Shahril aktif bermain bola sepak. Bagaimanapun, apabila dia memasuki sekolah menengah, pergerakan Shahril menjadi terbatas serta berasa malu apabila saiz perutnya yang semakin membesar.

“Sehinggalah dikejutkan dengan insiden sebulan lalu, remaja itu mengadu berasa sakit di bahagian perut sehingga memerlukan penjagaan eksklusif dari bapanya, begitu juga apabila hendak tidur dan makan, perlu diurut terlebih dahulu seolah-olah rasa dicucuk di bahagian perut.

“Disebabkan itu, dia juga dikatakan tidak boleh menelan makanan memandangkan apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali.

“Keadaannya berlarutan sehinggalah menyebabkan keluarga membawanya ke hospital di mana doktor menyarankan agar pembedahan dibuat dengan segera bagi memulihkannya,” katanya.

Kes seperti ini kemungkinan baru pertama kali dilaporkan di Malaysia, tetapi bukanlah yang pertama di dunia. Kejadian seperti ini dianggarkan berlaku 1 dalam 500,000 kelahiran.

Sumber: Sinar Harian

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.