Terkini

"INI SUDAH MELAMPAU"! - PESTA BUKU ANTARABANGSA KL JUAL BUKU LUCAH SECARA TERBUKA


KUALA LUMPUR - "Ini sudah melampau!" demikian luahan seorang profesor yang tidak berpuas hati dengan tindakan penganjur Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang didakwanya menjual buku lucah.

Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin
berkata, buku-buku tersebut dijual secara terbuka di pesta buku anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) serta beberapa lagi agensi yang lain, baru-baru ini.

"Buku-buku lucah sebegini dijual secara terbuka di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dikunjungi puluhan ribu anak muda dan remaja.

"Pihak berwajib seharusnya mengambil inisiatif yang sepatutnya dibuat agar maksiat yang sedia membarah tidak akan terus mengganas di bumi tercinta," katanya.

Contoh gambar buku yang dimuat naik ke laman Facebook Profesor berkenaan berjudul, 'Uqasha Nafsu' yang ditulis oleh Maria Isabella.

Berdasarkan sebahagian kandungan buku berkenaan, jelas sekali penulisannya yang dilihat mendorong pembacanya berimiginasi ke arah yang tidak menyihatkan minda.



Netizen juga berkongsikan pandangan yang sama dan menganggap penulisan buku seperti itu hanyalah taktik murahan penulisnya untuk mengaut keuntungan tanpa mengira dosa dan pahala.

"Baca perenggan satu pun dah tahu lucah. Anak-anak muda sekarang bab seks memang kreatif. Bab-bab yang lain ramai yang tak tahu. Elok bakar saja buku-buku itu. Kementerian tak pantau ke?" soal June Basri.

Segelintir netizen pula berpandangan bahawa buku itu tidak melanggar batasan dan undang-undang.

"Kalau nak haramkan buku-buku yang kita baca tajuk pun dah dituduh lucah, haramkan sekali buku-buku yang bertajuk Suamiku Abang Bangla, Suamiku itu, Isteriku ini bla.. bla.. bla.. barulah adil," kata Hafishah Halim.

"Bagi aku, buku adalah universal. Lantak kaulah nak hadam cara macam mana. Kau hadam cara lucah, maka lucahlah ia. Kau hadam cara rasional, maka rasionallah ia dan sebagainya. Penat dengan mentaliti manusia pathetic. Sedih!" kata M Mirzuan Mus.
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.