Terkini

Gorilla Terpaksa Ditembak Mati Selepas Budak Lelaki Terjatuh Dalam Kandang

2_58
Sumber: Express.co uk Oleh: Aimi Nordin
Kesiannya bila seekor gorilla jantan terpaksa ditembak mati selepas seorang budak lelaki berumur 4 tahun terjatuh dalam kandang yang didiami 3 ekor gorilla.Penjaga zoo terpaksa menembak gorilla berumur 17 tahun itu di Zoo Cincinnati selepas ada saksi melihat gorilla tersebut mengangkat dan mencampak kanak-kanak tersebut. Budak lelaki 4 tahun itu memanjat melepasi halangan sebelum terjatuh setinggi 10 kaki ke dalam kandang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang.

Namun, ada juga pihak yang mengatakan Harambe hanya ingin melindungi kanak-kanak tersebut dan tak tahu apa yang ingin dilakukan. Disamping gorilla tersebut, ada lagi dua ekor gorilla. Namun kedua-duanya sudah dihalau masuk ke dalam.

Gorilla yang ditembak mati itu, Harambe, dilahirkan di Zoo Gladys Porter di Brownsville, Texas dan dipindahkan ke Zoo Cincinnati pada 2014. Difahamkan juga, gorilla itu diklasfikasikan sebagai jenis yang hampir pupus dan pihak Zoo bercadang untuk menggunakan Harambe untuk pembiakan.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.