Terkini

BAYI 5 BULAN MAUT TERSEDAK SUSU DI PUSAT JAGAAN


MELAKA - Seorang bayi perempuan yang berusia 5 bulan, dilaporkan meninggal dunia di pusat jagaan di Ayer Keroh, dipercayai tersedak susu, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 tengah hari semalam, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Ayer Keroh oleh pemilik pusat jagaan tersebut.

Lapor Harian Metro, mangsa dihantar oleh ibunya ke pusat jagaan itu padaj am 7 pagi bersama dengan abangnya yang berusia 3 tahun. Ibu mangsa hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas empat jam kemudian.

Menurut sumber, bayi yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke klinik dan badannya lembik. Doktor cuba memberikan bantuan penafasan kepadanya, namun gagal dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din, mengesahkan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut. Mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.