Terkini

AYDA JEBAT DIRAGUT, HANDBAG DILARIKAN 2 LELAKI


NASIB malang menimpa pelakon dan penyanyi Ayda Jebat apabila beg tangan miliknya diragut oleh dua orang lelaki, kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut penyanyi Pencuri Hati itu, ketika kejadian dia sedang berada di sebuah kafe yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

“Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya.

“Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank.

“Malangnya, tiada kamera litar tertutup di kawasan kafe untuk mengenal pasti individu yang tidak bertanggungjawab itu dan saya terus segera membuat laporan polis,” kata Ayda.

Difahamkan, dia yang mengakui masih terkejut dengan insiden itu kepada Astro Gempak telah membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Taman Melawati.

Dalam pada pada itu, Ayda enggan berkongsi jumlah kerugian yang dialami atas nasihat pihak polis.

Selebriti kelahiran Melaka ini turut menasihati kaum wanita agar berhati-hati dengan keadaan sekeliling agar perkara yang sama menimpa kepada mereka. – SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.