Terkini

Asma: Ketahui Penyebab dan Simptom-Simptomnya

Asma adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh keradangan saluran udara di dalam paru-paru. Ia terjadi disebabkan oleh laluan udara menyempit dan mengetat kerana saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan tambahan mucus, dan  keadaan yang dipanggil sebagai bronchoconstriction.

images_234

Orang yang mengalami asma biasanya akan mula lelah, batuk, dan mengalami kesukaran bernafas. Penyakit ini jika diambil ringan boleh menyebabkan kematian. Punca sebenar penyakit ini masih lagi tidak diketahui. Akan tetapi, ada beberapa penyelidik percaya faktor seperti genetik dan persekitaran boleh menyebabkan asma.

Namun, terdapat beberapa faktor mendorong kepada penyakit ini.

 

Antara faktor-faktor tersebut ialah:

1. Umur

boy-astma-treatment-inhalation

Statistik semasa menunjukkan bahawa lebih daripada 50% daripada kes-kes asma terjadi kepada kanak-kanak yang berumur di antara 2-17. Namun, perlu diketahui juga penyakit ini tidak mengenal usia.

2. Genetik

mother_child_asthma

Kajian menunjukkan bahawa jika ada di antara ahli keluarga yang menghidapi asma, berkemungkinan besar ahli keluarga yang lahir selepas itu akan menhidapi penyakit yang sama juga.

3. Alahan

allergies5

Orang yang mempunyai alahan berisiko lebih tinggi untuk mendapat asma. Bahkan, hampir kesemua pesakit asma mempunyai alahan, terutamanya demam alergi dan alahan makanan yang teruk. Antara jenis alahan yang boleh dikaitkan dengan asma ialah:

  • Pencemaran udara seperti habuk, asap kenderaan, asap rokok
  • Bulu haiwan seperti kucing dan anjing
  • Hama
  • Sesetengah ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat anti keradangan
  • Makanan tertentu seperti tembikai susu
  • debu dari bunga

4. Obesiti

o-OBESITY-facebook

Hasil daripada kaji selidik menunjukkan hubungkait yang rapat antara obesiti dan asma. Antaranya menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang dengan BMI 25 dan ke atas adalah dua kali berisiko untuk menghidapi asma berbandin mereka yang mempunyai berat badan normal.

5. Hidup dalam kalangan orang merokok

poj5eozwg0

Ini adalah fakta. Kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang merokok semasa mengandung atau tinggal di rumah dengan ibu bapa merokok adalah sangat berisiko untuk mendapat asma. Jadi kepada perokok-perokok sekalian, cukuplah musnahkan diri sendir, jangan musnahkan hidup orang yang anda sayang!

6. Jangkitan pada sistem pernafasan

lung infection

jangkitan tertentu pada paru-paru semasa zaman kanak-kanak juga boleh menyebabkan asma ketika anda dewasa. Selain itu, jangkitan sinus dan keadaan seperti kerap selesema ketika sejuk boleh mencetuskan serangan asma pada sesetengah orang.

Simptom-simptom asma yang terjadi adalah berbeza bagi setiap penghidapnya dan boleh berubah daripada ringan kepada parah. Justeru amat penting untuk mengetahui gejala awal asma.

Antara simptom-simptom awal asma ialah:

  • Kerap batuk terutama pada waktu malam

cough

  • kerap bersin
  • Perubahan cara bernafas iaitu nafas menjadi pendek
  • Cepat penat ketika melakukan aktiviti
  • Penurunan kadar pernafasan atau PEFR

Breathe-out-as-hard-as-you-can

  • Tidur tidak lena dan bangun dalam keadaan letih
  • Alahan menjadi teruk seperti hidung berair, gatal pada kulit dan lingkaran hitam di bawah mata
  • Dada terasa ketat ketika bernafas

Jika ada salah satu daripada simptom-simptom ini pada diri anda, segeralah berjumpa doktor. Jika tidak, ia berkemungkinan akan menjadi lebih teruk dan parah. Gejala-gejala yang menunjukkan asma sudah teruk adalah seperti berikut:

  • Bunyi nafas yang kuat dan seperti tersekat ketika menghirup atau menghembus nafas
  • Nafas menjadi lebih cepat
  • Berpeluh lebih banyak

facesweat

  • Hidung rasa seperti terbakar
  • Mudah panik dan runsing
  • Kadar kecerdasan menurun dan mudah letih serta mudah keliru, iaitu gejala anxiety
  • Bibir atau kuku bertukar warna kelabu atau biru lebam

ca4dea4ec03058c15c7017637036c5c3

Rawat sebelum parah!

 

 

The post Asma: Ketahui Penyebab dan Simptom-Simptomnya appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.