Terkini

BAYI LELAKI MAUT DIDERA


Gambar hiasan

BINTULU - Seorang bayi lelaki yang baru berusia 2 bulan maut, dipercayai didera di kuarters pekerja sebuah institusi pengajian tinggi, kelmarin.

Bayi lelaki itu dibawa oleh ibu bapanya yang berusia 25 dan 30 tahun ke Hospital Bintulu selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri pada jam 7 pagi, lapor Harian Mero.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, polis menerima panggilan dari seorang doktor lelaki dari hospital tersebut yang memaklumkan pesakit seorang bayi yang mempunyai kesan lebam dan bengkak, sudah meninggal dunia.

Pemeriksaan awal mendapati, mangsa patah tulang belikat, patah tulang rusuk kiri, kesan lebam pada badan serta calar pada mata dan dahi.

Susulan itu, polis menahan pasangan suami isteri terbabit pada jam 2.30 petang semalam, untuk siasatan lanjut. - SUMBER
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.