Terkini

Akhirnya ziabella bongkar sikap sebenar aweera selepas beliau di pukul oleh aweera.


Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Roman Cinta , Aweera didakwa telah memukul kekasihnya Shazia Mohd Rozaini dengan teruk dan kini sedang berada di bawah tahanan polis.

Menurut kekasihnya yang juga merupakan anggota kumpulan ZiaBella, Aweera telah memukul dirinya dengan teruk menyebabkan beliau kini sedang dalam trauma.

Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis. Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga

Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah, katanya kepada kepada laman berita tersebut sambil menjelaskan tidak boleh bercerita lebih lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Namun, Shazia percaya segala perkara yang terjadi ada hikmahnya. Walaupun mereka telah mengikat hubungan cinta selama 9 tahun, kalau sudah tiada jodoh, tak kemana juga.


ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.