Terkini

5 Tips Atasi Masalah Kaki Berbau

Sesiapa sahaja yang mengalami masalah kaki berbau, tentunya boleh hilang keyakinan diri. Dari mana bau kaki ini berasal?

Sebenar kaki adalah bahagian tubuh yang sering kita ‘seksakan’. Nak tahu sebab apa? Ini adalah kerana setiap hari kita menggunakan kaki untuk menapak ke sana kemari, berlari, mendaki anak tangga dan sebagainya.

Jadi, tidak harianlah ramai di antara kita yang mengalami masalah berkaitan dengan kaki. Salah satunya adalah masalah kaki berbau!

Sama juga seperti peluh lain yang ada pada tubuh kita, peluh di kaki sebenarnya tidak berbau. Tetapi apabila ia keluar secara berlebihan,lalu bercampur dengan bakteria yang biasanya melekat pada sel-sel kulit mati sehingga menimbulkan bau busuk.

 

Jika anda termasuk dalam kategori penderita masalah kaki berbau, ada 5 cara yang boleh anda lalukan untuk mengatasi masalah tersebut.

 

5 TIPS UNTUK ELAK BAU KAKI:

 

1. Simpan kasut di tempat yang sepatutnya

Jangan menyimpan kasut sembarangan. Selain dapat menyebabkan kasut lebih cepat rosak, ia juga boleh menimbulkan bau yang tidak enak. Simpan kasut di tempat yang aliran udaranya lancar, atau gunakan silica gel jika menyimpan kasut di dalam kotak.

2. Bersih dan gosok di celahan jari kaki

Setiap kali mandi jangan lupa bersihkan celah-celah jari kaki. Ini adalah kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang paling lembab.Jika terlampau kotor juga boleh menjadi punca bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun mandi dan berus lembut untuk menggosok.

3. Rendam kaki dengan teh, garam atau guna serbuk kopi

Teh dipercayai mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Rendamlah kaki dalam besen yang telah diisi air suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit. Selain teh, boleh juga gunakan garam dengan cara yang sama. Manakala serbuk kopi pula boleh dibungkus dengan kain bersih, kemudian masukan ke dalam kasut selama semalaman.

4. Pastikan kaki kering sebelum memakai kasut

Cara yang terbaik untuk elak daripada kaki berbau ialah dengan memastikan kaki kita sentiasa kering. Keringkan kaki terutama sekali di celahan jari kaki kerana di situlah tempat bakteria selalu membiak serta meninggalkan bau yang busuk.

Jika perlu, tukar kasut anda setiap hari.Jika anda memakai kasut yang sama setiap hari, anda mungkin menderita bau kaki. Jagalah juga kebersihan kasut dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering.

5. Berjumpa doktor

Sekiranya bau kaki anda tidak juga hilang, cara terbaik berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan. Mungkin doktor akan memberikan anda antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.

 

Jika anda tidak ingin dijauhi oleh orang lain atau pun kawan-kawan hanya kerana bau kaki, cubalah tips menghilangkan bau kaki ini Semoga ia berhasi dan selepas ini anda mungkin tidak akan malu atau berasa tertekan lagi dengan masalah bau kaki!

 

@via wom.my

The post 5 Tips Atasi Masalah Kaki Berbau appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.