Terkini

Buah dan Daun Durian Belanda Untuk Melawan Kanser

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean, Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

tr

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus.

Durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo menurut satu kajian tertutup oleh pengusaha ubatan dunia.

Saya pernah mendengar petua orang tua-tua mengenai penggunaan durian belanda dalam pengubatan kanser (lebih tepat lagi kanser payu dara), walau bagaimanapun ia tidak begitu jelas dan petua ini juga tidak disebarkan dengan meluas.

Khasiatnya dalam pengubatan kanser telah dibuktikan menerusi kajian tertutup yang dinyatakan tadi kerana pengusaha farmasi tamak yang mahu mengkomersialkan tetapi mereka gagal untuk mempatentkan kerana “Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.”

durian-belanda (1)

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Rahsia penyelidikan didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika, mendapati pokok dan buahnya berupaya :

  • Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
  • Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
  • Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan
  • Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik

Ia juga telah diuji oleh sebuah pengusaha farmasi terbesar di Amerika di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

  • Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, di antaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
  • Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  • Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban durian belanda, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan.

Durian belanda terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu durian belanda mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

durian-belanda-1

Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam durian belanda, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun durian belanda mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

 

Khasiat Lain dan Petua Petua seluruh dunia

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan akar, kulit, dan daunnya untuk mengubati kencing manis.

Begitu juga suku asli Guyana membuat serbuk teh dari daun dan kulit pokoknya dijadikan tonik minuman untuk mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak dari daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan minyak zaitun untuk luaran mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti, dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut anak-anak, dan ubat cirit-birit

Kulitnya juga dipercaya dapat mengubati penyakit jantung dan batuk, di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu, di samping menghindari ketegangan.

 

Nilai Pemakanan

Buah ini tinggi kandungan karbohidrat, terutamanya fruktosa. Buah ini juga mengandungi sejumlah besar vitamin C, B1, dan B2.

 

Sumber : https://nadiaradzif.blogspot.my/2013/12/buah-dan-daun-durian-belanda-untuk.html

The post Buah dan Daun Durian Belanda Untuk Melawan Kanser appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

SUMBER : http://www.gengviral.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.