Terkini

DALAM TAK SEDAR, KITA DIDIK ANAK JADI SOMBONG


Vaksin/tak vaksin, susu badan/susu formula, gov school/private school, anak 3 tahun pandai membaca/anak 7 tahun baru pandai membaca, itu semua tidak bermakna kalau kita gagal mendidik anak kita erti respect, humble dan menghargai sesuatu benda.

1. Sebagai contoh, naluri anak akan banggak lau ibu bapa kerja best². Ingat masa kita sekolah dulu, kalau anak doktor ke, anak engineer ke, memang orang punya respect lain macam. Jadi, ajarlah anak kita menjadi anak yang humble. Kelak di sekolah, universiti, dia akan jumpa anak-anak petani, anak nelayan dan sebagainya.

Jangan sampai anak kita jadi anak yang sombong, tak mahu bercampur dengan orang susah atau pandang rendah pada orang susah.


2. Anak saya Balqis pun sudah pandai bertanya. "Ibu kerja apa ini? Papa kerja apa, ibu?"

Budak-budak curious nak tahu. Dari situ kita kena tanamkan dalam diri mereka sifat rendah diri. Kena semai bahawa bukan ibu bapa mereka sahaja yang bagus. Kena semai bahawa semua ibu bapa dalam dunia ini bagus, tak kira apa pun pekerjaan mereka. Biar nanti dia berkawan dengan anak doktor, dia respect, berkawan dengan anak peguam, dia respect, berkawan dengan anak nelayan/petani pun dia respect kawan dia.

3. Pernah saya lalu atas jalan tengok buruh buat kerja. Dia akan tanya, "Ibu, orang itu buat apa? Itu kerja apa?"

Saya kata, "Pakcik itu buat jalan, Balqis. Kalau pakcik itu tak ada, kita tak boleh naik kereta atas jalan ini. Papa pun tak reti nak buat,".

"Ooo, jadi Balqis kena cakap terima kasih ke, ibu?"

"Ya, cakap terima kasih pada pakcik itu," kata saya.

Itulah cara saya mendidik anak agar jangan hanya memandang tinggi pada orang yang memakai pakaian 'Smart' sahaja sebab saya tidak mahu dia menjadi anak yang sombong nanti.

4. Jangan buat kesilapan dengan berkata, "Itulah, kalau malas belajar, kerja di tempat kotor dan panas. Jangan jadi macam itu ye anak,"

5. Kita sebenarnya niat nak menyuruh dia nanti belajar bersungguh-sungguh tetapi sebenarnya kita mendidik anak kita menghina dan memandang rendah pada orang lain. Bahaya ye tuan-tuan puan-puan. Janganlah didik anak kita menjadi anak yang sombong.

6. Kalau ternampak budak-budak nak mendekati seekor kucing yang kotor contohnya, biasanya ibu bapa akan kata,

"Jangan pergi dekat dengan kucing itu. Kotorlah! Berkurap nanti kena penyakit!"

7. Sebaiknya tukarlah dengan ayat yang lebih merendah diri.

"Jangan pergi dekat dengan kucing itu, dia kotor sebab tak mandi lagi. Nanti dia dah mandi baru boleh bermain dengan dia," atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya.

8. Maksud saya jangan biasakan anak-anak dengan ayat mengeji, mengutuk dan menghina.

9. Anak-anak ini jujur. Kalau buruk, dia akan cakap buruk. Tetapi kita jangan biarkan kejujuran mereka itu menjadi satu masalah bila dia dewasa. Kalau terdengar anak berkata,

"Eeee! Buruknya ibu, keciknya rumah dia. Kotornya dia,"

Kita jangan berdiam diri sahaja. Kelak dia akan menjadi anak yang gemar menilai orang atau sesuatu. Kita perlu terus tegur, tak boleh berkata seperti itu atau sekurang-kurangnya kita jelaskan mengapa benda itu buruk/kotor dalam cara yang positif.

10. Kita konon-kononnya mahu anak kita menjadi mulia, merendah diri, tak sombong tetapi dalam masa yang sama kita tidak sedar kita mendidik mereka menjadi anak yang sombong. Nauzubillah. - Nurul Badiah Lai
SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
ADS HERE

About Jubah Semalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.